ads

Sabtu, 28 Januari 2017


ANXIETY DISORDER BERSAMA AKU JILID 5


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang sedang membaca! Tidak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Semoga hari hari kita diberkati Tuhan disebalik menghadapi saban tahun yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Amin.

Dah berapa hari dah rasanya tak update blog. Jadi harini aku ada ruang free untuk aku type kisah bagaimana aku sembuh dan boleh keluar menghadap tempat awam dan act like normal tanpa rasa kegelisahan dan ketakutan dibawah pengawalan aku sendiri.Rata rata antara penghidap penyakit sebegini selalunya berfikiran negatif dan kerap kali merasakan diri mereka adalah yang paling tidak guna dan selalu juga stress memikirkan perkara yang belum pasti berlaku! okay jadi sebelum kita ke frasa seterusnya , mari saya buat ujian persoalan secara terus kepada anda. Kalau benar , sila comment 'YA' sekarang saya nak tengok respon pembaca tentang  statement saya. Saya juga percaya ramai dikalangan mereka yang mempunyai penyakit ini juga seringkali mempertikaikan keputusan yang bercanggah dengan pemikiran yang difikirkan didalam minda mereka. Adakah benar ? itu hanya sahaja mempunyai jawapan untuk soalan saya itu.

Pengaturan Saya Kepada Anda untuk frasa asas -TERAPI MEDITASI-(Khas untuk mereka yang mempunyai penyakit ADPA)
Silap jawab pada helaian kertas kosong anda! Sekiranya anda mahu perubahan , cuba lakukan.

  • Adakah anda mempunyai masalah dalam kehidupan ? semestinya YA! Jadi Tuliskan masalah masalah anda yang anda fikirkan sekarang sebanyak yang mungkin!
  •  Tuliskan setiap penyelesaian yang anda rasa anda mampu menyelesaikan masalah diatas bagi setiap masalah yang anda listkan! (Sekiranya buntu tiada jawapan , kosongkan)
UNTUK PERINGATAN , KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAHU PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA  JANGAN SESEKALI MENGIKUTI PENGATURAN MEDITASI INI! JANGAN SESEKALI !!! SEKIRANYA ANDA MASIH LAGI BERDEGIL MAHU DUDUK DALAM KELOMPOK YANG NEGATIF , SILAKAN! TAPI INGAT ! TIADA SIAPA YANG BOLEH BANTU KITA KECUALI DENGAN IZINNYA ALLAH. USAHA ITU MESTI DILAKUKAN. KALAU BUKAN KERANA DIRI SENDIRI , KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMBANTU DIRI SENDIRI!


Selepas selesaikan misi diatas , cari tempat yang sunyi SEKARANG...dan apa yang harus anda lakukan adalah. (BACA DAHULU DENGAN TELITI DAN PRAKTIKKAN)


  1.  Duduk bersila.
  2. Letakkan kedua dua tangan anda diatas lutut ( kelihatan seperti sedang bermeditasi)
  3. Pejamkan mata anda secara perlahan lahan.
  4. Tarik nafas menerusi hidung habis habisan secara perlahan , hembuskan melalui mulut secara perlahan lahan! (lakukan sekurang kurangnya 5- lebih SET) sehingga anda rasa betul tenang.
  5. berhenti , dan bernafas seperti biasa
  6. Ambik kedua tapak tangan anda dan gosokkan sehingga terasa haba.
  7. Sapukan kedua tapak tangan dekat muka (Dari dahi hingga dagu)
  8. Bayangkan hari hari yang buatkan anda gembira 
  9. Imaginasikan apa yang anda mahu , bayangkan anda sedang menjadi apa yang anda mahu!
  10. Diam untuk seketika pejamkan mata teruskan hari hari gembira anda! Jangan masukkan perkara yang NEGATIF! 
 Buat 'latih tubi' ini hari hari sebelum anda tidur.Cuba meditasikan diri anda. Meditasikan diri anda kerana minda juga perlukan rehat yang cukup untuk bekerja dalam pemikiran sebuah kehidupan! Kalau anda rasa tidak yakin jangan buat. Lupakan kaedah frasa asas Meditasi ini!

 KENAPAAAAA DENGAN HARIFF MAJID NI????

Mesti pelikkan dan kau persoalkan apa apalaahhhh yang aku cuba sampaikan apalaahhh yang aku cuba buat apalahhhh yang aku mengarut bagaiiiii kan ??? hahaha  Setiap persoalan tu sebenarnya datang dari pemikiran negatif you , jadi ubah. Ubah dan teruskan ubah berfikiran baik baik. Tak salah kalau kita mencuba! percayalah kata kata aku , TAK SALAH KALAU KITA MENCUBA , YANG SALAH BILA KITA TAK PERNAH NAK MENCUBA! LEPASTU TAK HABIS HABIS NAK MENG-KOMPLAIN ITU INI!



Jadi itu adalah strategi aku sedikit sebanyak untuk mencari ketenangan atau meditasi dalam kehidupan kita seharian tambah tambah orang yang mempunyai daya pemikiran yang sensitif macam kita ni! Ingat setiap penyakit yang berlaku ada penyembuhannya sama ada kita pilih untuk hidup secara aman atau sebaliknya. Jadi cubalah mencari ketenangan dahulu! lakukan perkara yang mendatangkan kegembiraan elakkan diri daripada berfikir perkara yang belum tentu berlaku dalam kehidupan kita! Percayalah tiada siapa yang boleh sembuhkan kita secara peribadi kalau bukan diri kita daya pemikiran kita dan juga KEIZINAN ALLAH SWT!

Jangan pernah sesekali kita lupa pada yang MAHA KUASA! Mintak dekat Dia untuk tunjukkan kita jalan bagaimana untuk sembuh! Jangan berhenti berdoa jangan penat berdoa dan jangan sesekali tidak berdoa! kerana dngan izinnya , kita dapat hidup dengan ketnangan!

JANGAN SESEKALI BERDENDAM!
JANGAN SESEKALI DENGKI!
JANGAN SESEKALI MMBANDINGKAN DIRI KITA DENGAN YANG LAIN!
JANGAN SESEKALI PENDAM!
JANGAN SESEKALI INGAT PADA PERKARA YANG KITA TIDAK PERNAH SUKA!
JANGAN SESEKALI TIDUR LEWAT!
JANGAN SESEKALI LEWAT MAKAN!
JANGAN SESEKALI SEKSA DIRI ANDA DENGAN PEMIKIRAN YANG POSITIF!
JANGAN SESEKALI MEMAKSA DIRI ANDA UNTUK MENCAPAI PERKARA YANG ANDA TIDAK MAMPU!
JANGAN SESEKALI DUDUK TERPERAP DALAM RUMAH! KELUAR LAH JANGAN JADI BODOH SEKSA DIRI ANDA DALAM RUMAH! LAKUKAN SESUATU!
JANGAN SESEKALI PENAT BERDOA KEPADA ALLAH! MINTAK BANTUAN ! DAN YAKIN DENGAN TUHAN!


TOLONG HARGAI APA YANG KAMU ADA! KERANA DENGAN ADANYA SIFAT TIDAK BRSYUKUR AKAN ADANYA SIKAP NEGATIF YANG SAYA CAKAP DIATAS!


Percayalah.....setiap penyakit ada kesembuhan! ADA DAN PASTI ADA!!!!
YAKINLAH!


SELAMAT MENCUBA DAN MAAF KAN SAYA SEKIRANYA ADA AYAT YANG MENYAKINI ANDA!




Yang  ikhlas catatan dari saya HARIFF MAJID.

Assalamualaikum smua dan terima kasih kerana sudi membaca! Saya amat mnghargainya.

Selasa, 27 Disember 2016


                                            ANXIETY DISORDER BERSAMA AKU JILID 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Alhamdulillah ada masa free ni aku boleh lah update blog ni kejap... hehe
Jadi , macam mana hari ni ? ada baik kah ? masa baca ni cuba bagi senyuman paling cantik didunia ni. Muka tu jangan lah stress sangat...alaa sekali je , sekali je , Senyum ye!


Aku pernah baca satu buku ni , Tajuk muka depan dia ' The Self-Image Psychology In Person' written by Maxl Johnson. Buku ni antara buku yang paling sesuai pada mereka yang perlukan motivasi dalam diri! banyak pesanan yang positif untuk naikkan semangat seseorang yang berputus asa dalam kehidupan. Hm tak pada buku juga kalau nak bahagia , ianya semua bergantung pada diri sendiri.

Jadi apa yang aku nak bagitau dekat sini , sebenarnya semua kekuatan mental dan juga semangat dalam jati diri kita berpunca pada diri sendiri!Pada cara pemikiran kita mindset kita untuk hidup bahagia! Sekiranya ada ubat penenang berharga RM3juta sekalipun , kalau diri sendiri masih lagi terkelompok dalam pemikiran yang taknak sihat , memang takkan lah nak sihat! Trust me. Its work!

Sebenarnya banyak lagi kronologi kronologi kisah aku dengan Anxiety Disorder ni. Aku akan ceritakan sikti lagi pastu aku akan bagitau lah dan kongsi tentang ilmu ilmu yang boleh kita praktikkan untuk kehidupan yang lebih gembira dan normal seperti sedia kala!

INGAT !!! DALAM BLOG AKU NI HANYA ORANG ORANG YANG INGIN SEMBUH SAHAJA !!!! HANYA ORANG ORANG YANG INGIN KEMBALI NORMAL DAN BEKERJA BERSIAR SIAR SORANG SORANG DEKAT TAMAN! KEPADA MEREKA YANG MASIH LAGI SETKAN MINDA TAK BOLEH SEMBUH ITU INI TAKBOLEH JANGAN BACA! ANDA DIALU ALUKAN KELUAR SEKARANG KERANA ANDA TIDAK LAYAK! JADI CUBA JADI POSITIF! PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI ! KALAU BUKAN ANDA SIAPA LAGI ????


'Burung berani hingap  di atas dahan pokok walaupun dia tak tahu yang dahan tu nak patah! Dia tak kisah pasal ketinggian pokok dengan tanah ,  sebab dia percaya yang dia ada sayap untuk terbang selamatkan diri sendiri!!!! Burung percaya pada diri sendiri!!!

Jadi apa lah kita manusia yang mempunyai akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT!


Kali ni aku cuba untuk mulakan kata kata mukadimah khas untuk mereka yang membaca ni sebelum kita teruskan lagi ke episod seterusnya!


Hari Jumaat 

Pagi yang indah , embun membasahi muka bumi. Hati tengah resah walaupun cuaca memang dope masa tu.Bangun pagi , keluar depan rumah, tengok orang sibuk siap siap keluar untuk mencari rezeki. Aku pun terbayang , macam manalah aku nanti kan. Macam manalah aku nak keluar bekerja macam orang lain ni kalau aku still lagi dalam keadaan macam ni ??? Dan aku pun masuk balik dengan keadaan sedih baring sambung tidur. Lifeless.

Nak dijadikan cerita , pada hari Jumaat yang mulia haritu , aku pun semangat lah mandi untuk ke masjid tengahari untuk solat Jumaat! Untuk kali pertama lah aku masa tu solat Jumaat dengan sahabat baik aku ni ADPA. Maklumlah masa tu nak pergi mana mana aku selalu bawak dia merayau. Last last nanti dia yang buatkan aku nak balik! tak guna.

Jadi , memang mencabarlahkan pergi solat dengan keadaan yang gelisah ni..aku cubalah gagah kan diri untuk ke masjid!

Azan berkumandang , aku pun tengok orang lalu lalang , sibuk sana sini ada yang ambik wuduk ada yang duduk sembang , ada yang duduk gelak dengan kawan kawan , aku tengok je gelagat diorang bergembira. Aku ? kuyup je mata sebab tiba tiba rasa penat...ADPA ni memang suka buat kita penat , kenapa ? sebab otak kita tak habis habis berfikir tanpa henti! penat mental lagi membeban dari penat fizikal , percayalah aku..

Bermulalah solat Jumaat untuk rakaat pertama macam biasa...
Masuk je rakaat kedua tiba tiba aku rasa dah lain macam..aduiii
Aku memang takboleh nak fokus untuk solat masa tu , pikiran aku dah melayang!
aku tiba tiba terfikir macam macam masa tu , Ya Allah! datang lagi ADPA menjemput aku nak pulang ke rumah.

Jantung aku tanyah cakap lah!!! Dah dub dab dub dab dub dab bagai nak rak dah masa tu!
Dan aku pun kalah dengan perasaan aku masa tu. Aku tewas dengan kekuatan ADPA yang menghasut aku memasukkan pemikiran yang negatif.

aku tewas ,
aku tewas ,
aku tewas ,
sekali lagi aku tewas.

Serangan bertalu talu cengkam minda aku.
Gejala gejala panik attack pun menguasai diri aku. Sebab apa ?? sebab aku lemah! aku takda motivasi diri , aku takda persediaan yang rapi dari segi psykologi aku untuk lawan balik!

Aku ambik keputusan untuk keluar dari saf!! Keluar dari masjid dengan keadaan yang gelisah. Macam pencuri lari dari polis untuk elak daripada kena tangkap!

kau bayangkan ,

orang yang baru sampai Masjid masa tu pun pelik tengok aku keluar masjid! sebab belum habis lagi kot solat mana tak peliknya. aduiii

Dialog

Bro Masjid : Eh bro , asal keluar ?
Aku : emm ( tercungap)* pikir idea apa aku nak cakap ni!* supppppp takdalah bang , saya tercirit ni dalam seluar , tak tahan perut saya bermasalah! aduiiii (muka aku tak bersalah)
Bro Masjid : okay okay baik selamat selamat!


Masa tu aku memang down sangat..Perjalanan aku ke rumah memang dalam keadaan yang hampa dan kecewa dengan hidup aku yang macam ni. Sedih sebak semua da masa jalan balik haritu..Aku buntu , apa sebenarnya masalah aku dan apa nasib aku jadi macam ni. Apa jenis cabaran rintangan yang Tuhan nak uji aku dengan cara macam ni. Masa tu aku memang nak mati dari hidup dalam keadaan mati!

Ya memang betul , sebagai manusia kita kena pasrah dengan apa yang berlaku dan berserah pada Allah sepenuhnya. Tapi masa tu memang aku dapat rasakan dunia ni betul betul tak adil! aku rasa benci sangat dengan hidup aku masa tu! Dunia aku gelap bak kehilangan cahaya pelita dalam kegelapan. Mata takyah cakaplah masa tu! merah je sebak sambil jalan kaki balik ke rumah..Aku betul sebak. Aku memang dapat rasa lagi perasaan aku yang masa tu tengah sebak. Aku betul sebak.

aku terfikir ,

sebenarnya dunia persekitaran aku yang gelapatau minda aku yang dihantui kegelapan dalam diri ?
aku memang bingung sebingung bingungnya!!!! kalau bunuh diri itu tidak haram dan berdosa , aku lah manusia yang buat keputusan tu! *JANGAN BUAT KEPUTUSAN MACAM TU INGAT KITA NI ISLAM*


Ada satu tahap aku rasa mati lebih baik dari hidup mati akal fikiran dan tak jumpa jalan penyelesaiaan!!!

Mula pada kejadian Jumaat tu , disitu lah bermulanya ketakutan aku nak keluar ke rumah.Aku jadi fobia dengan apa yang berlaku dekat diri aku! aku takut. aku takut bila aku keluar nanti aku akan pengsan. Fikiran tak menentu , kejap nak mati kejap takut. Bila ADPA serang takut pula nak mati. Bila ADPA hilang rasa lebih baik mati. aduii aku pun tak faham lah!! aiyo

Aku ambik keputusan untuk duduk dekat rumah je masa tu. Balik je dari masjid aku duduk atas sofa tengok tv. Penglihatan aku pada kaca TV. Tapi jauh sekali pemikiran aku...Tengok tengok dah habis cerita yang aku tengok tu.


Aku rasaa setakat ni jelah aku ceritakan kronologi aku dengan penyakit ini. Aku dah malas nak ingat apa apa. Objektif aku sekarang aku nak sihat 100 peratus dan kembali normal selama lamanya hidup dalam keadaan sihat!

tanamkan GOAL tu dalam diri sendiri!

Buat soalan pada diri

- SAMPAI BILA AKU NAK JADI MACAM NI ?? APA NASIB KELUARGA AKU NANTI ?

- KENAPA AKU NAK KENA TAKUT PADA FIKIRAN SENDIRI YANG NAK MENJATUHKAN AKU ??

- KENAPA AKU TAKUT MATI SEDANGKAN SEMUA ORANG AKAN MATI??
-KENAPA AKU NEGATIF ? BUKAN POSITIF ?

- BERSYUKURKAH DENGAN APA YANG AKU ADA HARINI ?? KADANG DENGAN TIDAK BERSYUKURLAH BUATKAN KITA STRESS UNTUK DAPATKAN LEBIH! JADI BERSYUKUR ITU LEBIH BAIK!


Itu jelah dulu untuk malam ni , aku lapar , nak makan ni...nanti untuk sambungan aku akan ceritakan perkara perkara dan rutin apa yang aku lakukan untuk meditasikan diri sendiri dari kehidupan yang gelisah tah apa apa ni! kita semua ada masalah , cuma cara kaedah sahaja yang membezakan seseorang itu menyelesaikan masalah berlaku!!

Jangan lupa makan ye! makan tu penting ingat jangan sampai ADPA datang bila gastrik muncul!

Selamat Malam

ASSALAMUALAIKUM

MAY ALLAH BLESS YOU AND YOUR FAMILY!









Isnin, 26 Disember 2016



ANXIETY DISORDER BERSAMA AKU JILID 3




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jadi bagaimana hari anda harini ? harap harap semua baik je! ingat...dalam kehidupan ni , hanya kita je yang boleh ubah disamping meminta bantuan dari Allah SWT. Ingat untuk setiap apa yang berlaku ada kebaikan yang menanti kita dihadapan! percayalah!


Jadi jom dengar apa yang aku alami selama aku dah berkenalan dengan kawan baik kita ni yang bernama ADPA (Anxiety Disorder Panic Attack )

Sudah empat ke lima hari aku dalam keadaan bingung. Dalam keadaan kusut. Dalam kepala otak aku ni semuanya negatif. Kegembiraan yang aku alami sebelum ni semuanya dah dihakis oleh segala perasaan negatif aku ni. Kehidupan aku terumbang ambing bak kambing yang hilang anak anaknya. Duk dalam kandang duk berk berk berk benda yang sama dalam fikiran. Jadi masa tu aku dah memang putus asa untuk hidup untuk hari seterusnya..

Pemikiran aku susut. Selera makan minum aku hilang dengan macam tu je. Nak buat macam mana ? sebab stress automatik selera makan akan hilang. Takda moooooood nak buat semua benda! aku rasa lebih baik aku mati masa tu dari hidup merana macam ni. Berat badan aku merosot turun dan semakin susut badan aku dalam tempoh beberapa hari sahaja. Tidur malam apatah lagi. Orang kata tidur tidur cicak, takut terjatuh dari dinding ke lantai terus mati. Pelik je bunyi. hahah takpa kita yang buat dia bukan dia buat kita. 

Tidur malam aku asyik terjaga.  Kegelisahan aku takyah cakap lah makin hari makin menjadi jadi!

kau cuba bayangkan , 

Seorang lelaki yang sebelum ni periang bertukar menjadi pendiam secara diam diam dalam keadaan memendam diri sendiri. Aku perasan perubahan hidup aku masa tu. Semua orang perasan dan kau sendiri aku sedar  frasa perubahan dalam kehidupan kau dari segi fizikal dan juga mental.

Notifikasi telefon masuk tak henti henti kawan sana sini mesej ajak lepak sana sini pergi sana sini. Aku hanya mampu mengambil keputusan untuk memberi pelbagai alasan untuk aku berdiam dan duduk tenangkan dalam bilik aku. Hari demi hari aku hanya duduk dalam rumah tak pergi mana mana. Aku diibaratkan dipenjara dengan pemikiran aku sendiri. Aku lah gerigi besi yang menghalang untuk keluar dari dunia realiti. Aku lah hakim yang menghukun hidup aku sendiri. Aku lah seorang yang paling malang pada masa tu (rasa). Mak aku pelik tengok perubahan anak sulung dia yang ketara. Bayangklan sebelum tu keluar sana sini tak da nampak muka dalam rumah. Sekelip mata jadi anak dara or suri rumah yang terperap dalam rumah menunggu kebaikan yang berlaku. Pagi bangun termenung pikri apalahhh nasib aku macam ni. Petang celik terbayang macam manalah masa depan aku kalau macam ni hari hari , malam termenung sampai bila lah aku nak macam ni dan apalah nasib keluarga aku satu hari nanti kalau aku still sama macam ni tiada perubahan untuk melakukan sesuatu untuk nasib keluarga. 



Image may contain: 1 person


Itu gambar aku satu seminggu aku duduk rumah....Masa tu baru lah terfikir , bantuan yang betul betul bantuan hanyalah datang dari Allah. Percayalah , bila dah terkena macam ni , baru nak ingat Tuhan. Masa senang , lupa semua terasa diri ni yang paling besar. 


Jadi untuk kali ke tiga , aku ambil keputusan untuk check balik darah aku. Sebab masa tu aku memang dapat rasakan ada benda yang tak kena dalam hidup aku! 

Keesokkan harinya , aku pergi ke Klinik Kesihatan di Gombak. Aku eprgi jumpa Doktor sana dan bagitau tentang apa yang berlaku. Dan dia tengok surat yang Doktor mula mula aku bagi pasal tiroid. Jadi dia pun bagi aku dua ubat untuk aku makan dulu. Yang aku pelik macam mana dia boleh bagi ubat tu tanpa dia check darah aku! tapi takpa aku pun ikut. Ubat dia bagi masa tu ubat Carbimanzole dan juga Propanolol. Carbimanzole ubat untuk tiroid manakalan Propanolol ubat untuk tenangkan denyutan jantung..

Dua hari selepas aku makan ubat tu , makin teruk aku rasa. kau bayangka ada satu part tu , aku ke hostel untuk ambik baju aku. (masu tu cuti semester bulan 9). mak aku tunggu luar. Masa nak naik ke atas dengan lif , ( hostel aku dkt sekitar KL) tekanlah unit hostel aku pada tingkat 18. Baru je naik sampai ke tingkat 5 , aku diserang panic attack! Ya Allah masa tu dah lah ramai1 cepat cepat aku ambil keputusan tekan tingkat 8 untuk turun keluar dari lif! Masa tu memang aku rasa nak pengsan do rasa sesak nafas and rasa semua gejala gejala yang aku dedahkan tu sebelum ni! 
Keluar dari lif , aku terduduk dekat tingkat 8 tu , pikir macam mana aku nak turun dengan cara selain gunakan lif. Jadi aku pun turun tangga. Weh turun tangga weh dari tingkat 8! apa ke pala banna budak ni buat...Memang fobia doh bila jadi macam tu! takut nak naik lif masa tu. Aku pun keluar dari bangunan tu masuk ke dalam kereta mak aku. Dia tanya mana baju ? aku masa tu aku tak tahan , aku sebak , aku menangis peluk mak aku. Aku betul betul buntu dengan apa yang jadi dkt aku sekarang ni. Aku kalau boleh taknak sedih depan adik aku , tapi terlepas sebab sebak sangat masa tu...aku dah putus asa sangat. Aku anak sulung tapi jadi macam ni..Jadi aku dapat rasa macam aku dah takda peluang untuk buat sesuatu kejayaan bagi keluarga aku!
*BALIK KE RUMAH*

Uptown Danau Kota 

Malam tu aku dekat rumah. Mak aku keluar dengan adik adik aku ke Taman Melawati. 
Kawan aku, Ajad , Ayie , Farhan Penyu , dan Rejab datang lepak dekat rumah. Lepak lepak Rejab ajak aku ke Uptown! perghhhh rasa derauuuu kejap badan ni dia ajak aku keluar. Jadi masa tu aku buat rilek jelah taknak kasi diorang tahu apa masalah aku. Jadi kawan aku yang lain tunggu dekat rumah , aku keluar dengan Rejab untuk teman beli barang dekat Uptown rumah aku tu.

Sesampai je dekat Uptown , sekeliling aku masa tu memang ramai. Aku terus risau kejap , aku terus jadi gugup dan nervous. Padahal sebelum ni okay je. Adui. 

Baru je masuk dalam 20 meter kawasan uptown tu , aku dah rasa melayang , aku dah cemas panik dan semua gejala yang aku alami sebelum ni datang! apa lagi aku pun panggil si Rejab untuk balik! aku usha muka dia pun pelik. Time tu aku rasa dia bingung tengok keadaan aku macam ni. Terus balik cepat cepat...

Sampai rumah kawan aku dkt situ tengok aku pelik. Terjelik jugalah aku rasa masa tu. Aku pergi ambik ubat Propanolol makan untuk rilek kan denyutan debaran aku ni!

and lepas tu , aku rasa tak selamat duduk dalam rumah aku sendiri!!! 

aku mintak tolong Farhan (Penyu) untuk hantar aku ke Taman Melawati malam tu. Dia fisioterapi and dia tahu masalah komplikasi pernafasan ni. So dia pun ada cakap dkt aku dalam kereta yang aku maybe ada masalah dengan anxiety. Jadi aku macam , eh apa benda eh anxiety ni. Dia cakap dekat aku sikit je , maybe kau ada masalah pernafasan iaitu nafas pendek. Aku pun iakan jelah masa tu , aku dah rasa nak mati dia boleh cakap banyak. haha Penyu kalau baca jangan marah. hahaha


Sampai rumah pakcik aku , aku pun masuk dengan cepat cepat...aku ceritakan dekat mak aku, dia kata cuba tenangkan. For sake my mother , aku pun rasa macam selamat masa tu...Terima Kasih sekali lagi Ya ALLAH kau kurniakan seorang ibu yang sempurna. Panjangkan umur dia dan tempatkan lah dia di syurga mu kelak!


malam tu aku tidur sana sebab family aku tidur sini semua. Jadi aku malam tu tak henti henti solat sunat weh...Mak aku tengok aku pun pelik juga. Ye la , anak yang macam bengap lepak sana sini selalu jadi bengong dalam rumah tiba tiba berubah sekelip mata je...

Dah maghrib ni , nanti aku sambung balik lah kemudian hari! follow aku untuk tahu cerita yang selanjutnya! aku janji aku akan bagitau macam mana proses aku sembuh! stay tuned!

May ALLAH BLESS YOU AND YOUR FAMILY! 

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SALAM MAGHRIB!


Ahad, 25 Disember 2016




                                             ANXIETY DISORDER BERSAMA SAYA JILID 2




Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang rajin membaca blog saya. Terima Kasih.

Thomas Edison pernah cakap "Dalam kehidupan tidak akan jadi kehidupan sekiranya keyakinan dalam rutin harian untuk melakukan sesuatu hilang!"

Jadi aku pun mencuba untuk menjadi lebih yakin dengan menerbitkan Blog khas untuk mereka yang mempunyai masalah ketakutan atau phobia dalam kehidupan!


Image may contain: 1 person
SEHARI SEBELUM BERLAKUNYA PANIC ATTACK
Seperti mana yang aku janjikan sebelum ni aku akan menceritakan kisah kisah sepanjang aku deal dengan panick attack dalam hidup aku ! So untuk episod 2 ni aku akan lebih mencertiakan permulaan aku dengan ADPA ni...

Al kisah!

Masa ni aku hangout dengan kawan se-kolej aku. Biasalah budak budak muda keluar jalan jalan suka ria... masa ni memang ria lepas tu sia jadinya. haha

EPISOD 2 : Aku Dan Anxiety Disorder (Panick Attack)

Bermulalah kisah aku...


Pada bulan September 2015, aku keluar lepak dengan kawan di jalan alor , KL.  Lepak sembang sembang pasal muda mudi ye pesta muda mudi katanya kakakak  lupakan

Sesampai aku dekat salah satu Restoren Mamak dekat sini, aku oun keluarkan sekotak rokok Dunhill dan hisaplah untuk sebatang rokok.

Selepas tu!

DUB DAB DUB DAB DUB DAB !!!!!!!!!!

    JANTUNG AKU BERDEBAR DEBAR LAJU!TEKAK AKU RASA SANGKUT SANGKUT!PEMIKIRAN AKU MELAYANG TIBA TIBA PIKIR PASAL MATI!TELINGA AKU BERDESING KUAT!JARI JEMARI AKU DAN LUTUT TURUT GENTAR KETAKUTAN YANG TERAMAT SANGAT!TAPAK TANGAN AKU BERPELUH PELUH DAN GELETAR!TERASA NAK PENGSAN TAPI TAK PENGSAN PUN!
TIDAK KERUAN AKU TERASA AKU BETUL BETUL DEKAT DENGAN MATI!
I

Sejurus aku mengalami komplikasi gejala gejala diatas , aku terus campak rokok aku di tangan! sebab masa tu aku sangka aku diserang penyakit jantung yang berpunca pada rokok! Sekotak Dunhill yang baru sahaja aku beli keluarkan sebatang untuk hisap aku bagi dekat brother tengah lepak depan table aku. Brother tu terkejut beruk tengok aku sedekah rokok tu dekat dia! haha  memang terkejutlah rokok mahal beb! haha dia pun hisap john je hahaha

Broooooooooooooooom~ (Naik motor)

aku start motor terus ke Klinik sekitar Danau Kota (dekat kawasan rumah aku) untuk buat medical check up!

Perjumpaan dengan doktor dekat sana memang tak aku sangka..ringkasan perbualan aku dengan doktor disana...


Doktor : Berdasarkan simptom simptom kamu , secara am keseluruhannya saya dapat tahu bahawa kamu ni kemungkinan besar mempunyai penyakit Hypertirod!
Aku : perghhhhhhhh! macam mana boleh jadi macam tu doktor ? boleh bawa maut tak dok ?(ketakutan}
Doktor : Boleh. Sekiranya kamu tidak kawal dari peringkat awal dan berlakulah kritikal case nanti. ia melibatkan ketumbuhan di tekak (bahasa mudah). Tapi jangan risau , nanti saya buat surat saya hantar kamu ke unit pakar HKL untuk check lebih lanjut tentang perkara ni! jangan bimbang ye.
Aku : baik doktor , kalau boleh buat cepat lah doktor sebab saya memamg takboleh macam ni..

Lepas je perjumpaan doktor dan dapat surat untuk ke HKL besok aku terus hubungi mak aku. Aku bagitahu lah apa yang berlaku tadi. Mak aku pun terkejut dan memang terkejut. Mak mana tak terkejut dengar anak dia dapat penyakit kan!?

*balik ke rumah*

Start malam tu , aku dah kusut sangat...aku dah start jadi bimbang yang terlampau. Overthinking. Stress yang teramat sangat pikir pasal ni..Bayangkan , sepanjang masa aku jadi berpikiran negatif ! boleh dikatakan sepanjang pernafasan aku , pemikiran aku semua negatif! Maklumlah masa tu , motivasi dalam diri takda! so senang sangat lah aku dapat bau bau rasa NEGATIF! Tanpa aku buang masa , aku pun starlah gooooooooooooogling on web pasal


  • APA ITU TIROID ?
  • KESAN TIROID PADA MASA AKAN DATANG
  • BAHAYA TERHADAP KESIHATAN 
  • PENYAKIT JANTUNG

Bukan search tiroid je bro , tanda tanda 99 hari nak mati aku aku search! aduiiiii 
aku takut tahap babun lah bila dapat tahu pasal nak mati ni !!! aduiii


Lepas tu , jantung aku berdebar untuk kali kedua! kali ni memang dia menguji aku untuk berdepas situasi macam ni...aku terus panik panggil mak aku untuk bantuan..masa tu pemikiran aku memang melayang weeh! aku jerit panggil mak aku. siap mengucap lagi sebab preper nak mati! pwerghhhh memang betul pikir mati je masa tu!
Mak aku datang tenangkan aku sekejap. tapi adik aku datang dia panik , aku tengok dia pun lagi aku panik , sama sama panik. adui hahaha

aku pun tenang lah kejap mak aku ada masa tu memang membantu sangat. Terima Kasih Ya  Allah kau kurniakan seorang ibu yang sempurna pada aku!
Aku pun dapat tidur malam tu dalam sekitar jam 330 pagi...

Keesokkan harinya

Aku bangun bangun tidur , terus terpikir hala tuju aku iaitu hospital. Aku dapat tahu penyakit ni memang tak lari dengan hospital...sebab mengikut psykologi , mereka yang mengalami penyakit sebegini akan terasa lebih selamat berada di hospital!

Aku pun jumpa doktor ...masa tu aku tak tahu lah kenapa aku genius sangat jadi doktor. Doktor pun pening tengok aku. Tak tahu lah kenapa dengan penyakit macam ni..Otak akan berfikir luar pada kotak. Terlampau jauh sehingga kan persoalan yang aku persoalkan tak dapat diorang nak jawab!
'Genius Bodoh' namanya! haha

Doktor pun check untuk kkeseluruhan..
ECG and check up fizikal semua normal! Tapi masa tu dia cakap maybe kamu stress sahaja..Bukan tiroid rasanya. Dan lepas tu pun dia suruh aku ambik darah untuk TFT/TSH. (ujian saringan untuk Tiroid function Test)
katanya keputusan akan keluar dalam 3 bulan depan. perghhhhhhh memang lembab lah. aku nak tahu apa masalah aku sekarang ni! masa tu memang baranlah semua benda nak cepat. biasalah terburu buru and panik lebih sangat , haha adui

jadi aku pun ambik jelah darah tu dengan doktor.

aku pun balik.

Jadi untuk aku lebih terasa tenang dan yakin lagi , aku ambil keputusan untuk kali kedua ambik darah dekat makmal pakcik aku di sekitar Gombak.

Sehari tu memang dua kali bhaiiii aku ambik darah! aduiii gila gila bodoh aku time tu sebab terlalu ikutkan perasaan dan emosi =aku!

selepas pada 2 hari keputusan di makmal pakcik aku
Kesudahnanya keputusan aku di makmal tu kelihatan normal. Cuma ada gangguan sikit pada kolestrol. alaa sikit je. tapi semua normal!

Benda macam ni lah aku tak puas hati. Sedangkan masa tu aku memang yakin ada something tak kena ni! sebab tak pernah rasa macam ni! haish
balik dalam keadaan hampa , stress , kecewa , marah pada diri sendiri sebab tak dapat jumpa apa punca yang membuat kan aku jadi macam nI!

itu jelah dulu ye aku terpaksa gerak , nak makan ni dah tengah hari! nanti aku akan buat sambungan lagi! terima kasih kerana sudi membaca!!!

Follow up aku dalam blog aku untuk tahu kisah seterusnya dan macam mana aku dapat kawal and hidup macam biasa!!!

ASSALAMUALAIKUM

May Allah Bless You and Your Family! Amin.






Sabtu, 24 Disember 2016

                      

                            ANXIETY DISORDER BERSAMA SAYA JILID 1


                          Assalamualaikum Warrahmatullahhi Wabarakatu ....

              SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT YANG AKU BARU NAK BERJINAK ! 



Sebelum kita masuk topik yang ingin aku bincangkan dan kongsikan kepada pembaca , aku perkenalkan dahulu siapa diri aku ( walaupun pembaca takmahu kenal). Dan selepas itu aku akan memperkenalkan pula simptom simptom yang agak merumitkan bagi orang orang macam kita ni! 


Nama aku Hariff Majid. Umur aku 20 tahun dan pior dilahirkan di Kelantan. Aku membesar di sekitar Kuala Lumpur sejak dari kecil lagi.Jadi sekarang ni aku belajar di IPTS dan membuat kerja partime untuk dapat kan sedikit duit untuk teruskan kehidupan. Maklumlah anak sulung kena kerja keras sikit tambah tambah hidup dengan ibu tunggal ye!Jadi , tujuan aku buat blogspot ni sebenarnya untuk aku cerita tentang kisah kisah aku deal dengan penyakit misteri yang korang duduk tertanya tanya dalam diri selama ni :

 Itu jelah untuk perkenalan kita ya! hahah taknak panjang panjang takut nanti tak best bukan special pun diri aku ni. Ok lets go for our topic!



"ASAL DENGAN AKU NI ? KENAPA JANTUNG AKU BERDEBAR DEBAR NI ? LAJU LAJU DEBARAN WALAUPUN TAK BERSUKAN?!"
"EH ASAL AKU RASA NAK PENGSAN NI DEKAT TEMPAT AWAM ?"
"EH ASAL LUTUT AND SELURUH ANGGOTA TUBUH BADAN AKU TETIBA RASA BERGETAR NI ?! SERAM SEJUK SERAM SEJUK RASA NAK MATI NI!!!"
"KENAPA AKU HARI HARI DUDUK PIKIR PASAL MATI JE NI!!!! TAK PERNAH LAGI MACAM NI!"
"ANGIN BANYAKNYA DALAM BADAN AND TERASA SESAK NAFAS JE AND SANGKUT SANGKUT JE MEMANJANG!"
"RASA DEKAT LEHER TERSEKAT AND MACAM NYAWA NYAWA IKAN!"
"BADAN AKU MAKIN LAMA MAKIN MENURUN!!!"
"KEPALA AKU RASA MACAM PENING AND BILA BERJALAN RASA MELAYANG LAYANG!"

Itu antara checklist yang aku masukkan sedikit sahaja berkenaan dengan simptom simptom yang berkenaan dengan penyakit misteri kita ni!

Yang dekat bawah ni aku masukkan lagi dengan ringkasan yang teliti supaya pembaca dapat mengetahui simptom penyakit ini sebelum kita teruskan lagi!


Gejala-gejala kebimbangan

Gejala-gejala kebimbangan
1. Psikologi
  • Perasaan gugup/gementar
  • Fikiran yang merungsingkan
  • Keresahan
  • Peka kepada bunyi
  • Rasa tidak selesa
  • Daya tumpu yang lemah
  • Meragam/cepat marah
2. Fizikal
  • Pening
  • Degupan jantung yang kuat
  • Sakit kepala
  • Gangguan usus
  • Sengal otot
  • Ketakcernaan
  • Kesusahan bernafas/terketar-ketar
  • Kencing secara kerap
  • Keadaan sejuk dan panas secara mendadak
  • Ketidakselesaan gaster
  • Najis cair
  • Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada
3. Gangguan tidur
  • Insomnia
  • Mimpi buruk
Gejala ini selalunya di salah takrif oleh orang-orang yang bimbang sebagai bukti adanya penyakit fizikal yang serius seperti penyakit jantung atau barah, yang seterusnya menyebabkan kebimbangan untuk bertambah lagi. Perbezaan di antara kebimbangan biasa dan gangguan kebimbangan adalah semasa berlakunya ketegangan yang besar sedangkan pada hakikatnya tiada bahaya pun yang berlaku pada diri kita.

TETAPI!

ramai antara kita declared sebagai seorang anxiety disorder atau juga mempunyai panic attack secara melulu tanpa usul periksa keseluruhan darah dahulu! 

JADI PASTIKAN ANDA MEMBUAT MEDICAL CHECK UP DARAH DAHULU SEBELUM DECLARED APA APA !

Itu antaranya sedikit dedahan yang berkaitan dengan gejala gejalan penyakit misteri kita ni. Dari segi fizikal memang kita kelihatan sihat! tetapi mental kita kurang. jadi untuk kita normalkan balik sebenarnya tidak susah sangat pun.
 Itu depends on how we develop and control our emotional kita secara individu...

Untuk permulaan blog aku pada harini itu sahaj dulu. Aku janji lepas ni ada masa aku akan ceritakan full progress and macam mana cara aku belajar untuk kenal dan kawal penyakit ni tanpa ubat aku makan. Tetapi kadang kadang ON-OFF juga lah! tak seteruk sebelum ni sampai nak keluar rumah pun rasa tak selamat! 

aku akan sambung untuk episod seterusnya! baru episod satu ye ingat ini bukan drama ini realiti kisah dalam kehidupan aku! aku buat blog ni bukan untuk raih populariti tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu yang aku adalah walaupun tak sempurna sehingga aku pun skng ni boleh belajar dan bekerja seperti biasa! keluar rumah dan lepak lepak seperti biasa! Follow up blogspot aku ya! 

kita berjumpa untuk episod yang kedua nanti! 
Maaf lah sekiranya ayat ayat aku buat ni mcm kasar bahaya or menyakitkan hati sesiapa! aku kan baru start buat blog so takda basic knowledfe untuk buat ayat ayat baek! hahaha

MAY ALLAH BLESS US! 

EPISOD PERKENALAN (1) 



  BERJUMPA SETERUSNYA AKAN DATANG! JANGAN LUPA FOLLOW UP YE!